Bijak beli aksesori hiasan dalaman
11:04 PM | Author: HIASAN REKA INDAH
Bijak beli aksesori hiasan dalaman

MENGHIAS kediaman memerlukan peruntukan bajet tertentu dan pastikan anda tidak terlebih belanja semata-mata untuk mendapatkan perabot atau aksesori hiasan tertentu.

Panduan berikut dikongsikan:

Informasi

DAPATKAN seberapa maklumat sebelum anda membuat keputusan membeli perabot atau aksesori hiasan.


Ini kerana segala maklumat berkenaan hiasan dalaman berupaya membantu anda memilih konsep penataan terbaik untuk disesuaikan dengan gaya hidup dan keperluan keluarga.


Anda yang mempunyai bajet tambahan boleh mendapatkan khidmat pakar hiasan dalaman untuk digabungkan dengan idea anda.


Harga berpatutan


GUNAKAN elemen hiasan atau perabot yang tidak mahal, tetapi kelihatan eksklusif mahal.
Sarungkan kerusi di ruang makan dengan fabrik menarik, tetapi harga berpatutan. Ia menampilkan kelainan dan ramai beranggapan berasaskan material mahal.

Bijak membuat perancangan dari segi penyediaan langsir juga banyak membantu.
Anda mungkin boleh mengupah tukang jahit menghasilkan langsir mengikut cita rasa berdasarkan fabrik yang anda beli sendiri.

Sementara langsir yang sedia ada juga boleh diberi sentuhan baru dengan menambahkan ropol atau tambahan aksesori seperti pengikat langsir unik.



Seni dekoratif

PAMERKAN kreativiti anda dengan menghasilkan sendiri elemen hiasan dinding umpamanya.
Gambar yang unik selain potret keluarga boleh dibingkaikan dan menyerikan penataan ruang.

Tanpa perbelanjaan besar, kreativiti itu mampu mewujudkan suasana ceria dan harmoni.



Saiz dan ukuran

PASTIKAN keluasan kediaman anda sesuai dengan pilihan perabot dan reka letaknya.
Perabot yang eksklusif lebih tampil menarik jika dibeli dalam jumlah terhad. Ia mungkin menjadi titik fokal yang sempurna dan tetamu berasa lebih dihargai.


Mengecat sendiri kediaman

ANDA boleh melakukannya sendiri berdasarkan buku panduan mengecat.


Penampilan baru perabot dan aksesori hiasan


  • Cat semula kabinet hiasan umpamanya untuk menyerlahkan kelainan dan ubah reka letak supaya menampilkan sudut pandangan berbeza.

  • Perabot atau aksesori hiasan di ruang tertentu boleh dialihkan kedudukannya bagi mengelakkan kebosanan.
  • |
    This entry was posted on 11:04 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

    2 comments:

    On July 18, 2012 at 12:43 AM , Anonymous said...

    Apakah cat yg sesuai utk.mengecat semula kabinet hiasan...bolehkah menggunakan cat minyak yg biasa...

     
    On December 7, 2012 at 1:42 AM , Anonymous said...

    terima kasih bagi tips