Tips Pemilihan Jenis Kain Langsir
11:27 PM | Author: HIASAN REKA INDAH

Pilihan kain hendaklah selaras bentuk tingkap supaya berpadanan dengan jendela

Ada baiknya jika pilihan langsir bersesuaian perabot dan hiasan dalaman rumah, kalaupun tidak secorak dan sewarna tetapi sekurang-kurangnya mewujudkan keseimbangan yang menawan.

Paling penting, kain pilihan hendaklah selaras bentuk tingkap supaya langsir dan jendela saling berpadanan. Bagi setiap individu perlu mengetahui bentuk tingkap mereka sebelum memilih rekaan langsir tertentu.

Bentuk Tingkap

Bentuk tingkap memainkan peranan penting dalam menentukan pilihan langsir. Tingkap pada kediaman berbeza mengikut gaya senibina. Bentuk tingkap yang lazim dipasang adalah seperti tingkap casement (boleh dibuka ke luar atau ke dalam), tingkap sorong dan tingkap bay (tingkap bersegi yang dibina secara mengunjur keluar).

Bagi tingkap casement, dinasihatkan memasang langsir yang dijahit ringkas tanpa ropol atau kedutan. Pilihan rekaan langsir lebih mudah bagi tingkap sorong kerana ruang bukaan luas dan lebar. Pemasangan pelmet (papan yang melindungi besi dan pencangkuk langsir) dan birai hias boleh dilakukan jika tingkap sorong mempunyai lebihan ruang di bahagian atas. Manakala bagi tingkap bay pula memberi peluang penghuni menghiasinya secara keseluruhan dan untuk menambah kemasan tingkap, pasangkan pelmet mengikut bentuk tingkap.


Jenis Langsir

Rekaan langsir yang menjadi tarikan ialah potongan secara tie scarlet iaitu kain langsir yang berkedut di atas dan bawahnya berbentuk seperti tali leher dan disempurnakan dengan gaya klasik, gaya ini juga boleh digayakan lagi dengan hiasan berkedut di atas tetapi diserikan dengan renda. Sebagai tambahan rekaan ini boleh disediakan dengan rekaan scallop classic, pencil plite dan scallop pencil plite. Bagi pilihan langsir yang menggunakan potongan scallop ini, adalah amat sesuai menggunakan kain jenis satin.

Rekaan langsir berbentuk scallop sama ada dalam bentuk rekaan classic ataupun tie amat sesuai bagi kediaman besar atau banglo. Ini kerana rekaan seperti ini kelihatan agak formal dan bergaya.

Bagi ruang dapur pula memerlukan kain langsir yang tebal dan tahan. Oleh itu dicadangkan guna kain langsir jenis scotchguard. Langsir di ruang dapur biasanya lebih ringkas dan tidak terlalu 'mewah' dengan kedutan sesuai dengan tumpuan kepada aktiviti memasak. Kebanyakan suri rumah lebih suka potongan atau hiasan langsir berbentuk bidai.

Rekaan langsir harus disesuaikan dengan jenis ruang kediaman, sebagai contoh ruang dapur dan bilik tidur, bentuk potongannya perlu dibezakan dengan langsir di ruang tamu. Di bilik tidur kanak-kanak sebagai contoh sesuai dipasangkan atau dihias menarik, hiasan tambahan boleh dibuat dengan diikatkan riben pada langsir berkenaan.

Bagi bilik tidur utama, potongan langsir yang ringkas menggunakan warna lembut sangat sesuai kerana dapat menimbulkan suasana romantik dan damai.

Bagi rumah kecil, langsir berpotongan ringkas membolehkan ruang yang sempit kelihatan selesa dan luas. Mereka harus menyesuaikan keadaan dan jangan terikut-ikut hiasan langsir yang berlebihan seperti kediaman besar hingga menyebabkan keadaan rumah kelihatan semak dan sesak. Bagi yang kurang berkemampuan, mereka boleh memperbaharui langsir lama dengan menambahkan hiasan riben atau renda. Kaedah ini menjimatkan kerana mereka tidak perlu membeli keseluruhan fabrik untuk langsir.


Jenis Fabrik

Lazimnya, fabrik yang menjadi pilihan utama ialah 100 peratus kapas atau campuran kapas dan polyster. Kain renda atau satin yang mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Kini ramai suri rumah gemar menggunakan fabrik scotchguard yang diselaputi bahan kalis air kerana tahan lasak.



INFO: Panduan Memilih Langsir

Sekiranya membeli langsir siap diguna, sebaiknya pilih ukuran yang mencecah sehingga ke lantai.

Mereka yang gemar penampilan moden, ringkas atau ketika boleh menggunakan langsir tidak berjahit dan digantungkan pada batang besi atau kayu.

Ketinggian tingkap dapat ditonjolkan dengan memasang pelmet dan anda boleh menggunakan langsir siap diguna.

Padankan fabrik dan kertas dinding bagi mengatasi pemandangan kurang menarik di sesuatu ruang, selain dapat menonjolkan seri tingkap.

Jika anda memerlukan kemasukan cahaya semula jadi, tetapi pada masa sama inginkan suasana bersendirian, pilih rekaan langsir kedai kopi (langsir separuh terbuka) yang tidak perlu dibuka atau ditutup kerana ia tidak menutup keseluruhan tingkap
KERTAS DINDING (WALLPAPER) (bahagian 2)
7:31 PM | Author: HIASAN REKA INDAH
KERTAS dinding antara bahan kemasan dinding lembut yang banyak digunakan selain bahan kemasan dinding lain seperti cat. Walaupun pemasangannya agak sukar kerana membabitkan bahan pelekat tetapi kemasan ini menjadi pilihan kerana keunikan warna, tekstur dan corak yang menarik.

Kertas dinding kebanyakannya diperbuat dari bahan seperti vinil dan tekstil dan juga bahan daripada fabrik. Pilihan terhadap jenis bahan kertas dinding itu dibuat bergantung kepada kesesuaian dinding, kegunaan ruang, pilihan terhadap corak yang ada pada kertas dinding dan yang penting sekali adalah kos. Ada beberapa jenis kertas dinding dalam pasaran yang dihasilkan dengan pelbagai cara bagi memberi beberapa kelebihan antara satu sama lain.


Kelebihan menggunakan kertas dinding.

Warna, corak dan tekstur banyak pilihan dan boleh tukar bila dirasakan tidak sesuai atau sudah ketinggalan zaman. Kertas dinding boleh mendapat kesan atau menyerupai kesan kemasan lain seperti kemasan batu, kayu, batu bata dan jubin dengan nilai harga lebih murah tetapi kesan visual yang sama.

Kos yang pelbagai iaitu daripada murah hingga ke mahal bergantung kepada harga bahan itu dan cara pemasangannya boleh dilakukan sama ada orang yang mahir dan atau anda sendiri.

Kertas dinding fabrik yang berbentuk 3 dimensi boleh menyerap bunyi dan memberi kesan senyap dan damai dalam ruang dalaman. Selain berfungsi memberi nilai baru kepada dinding, kertas dinding boleh menutup kesan retak atau cat lama pada dinding atau menutupi kecacatan pada struktur fizikal dan bangunan.

Dengan cara kerja pemasangan kering, kertas dinding boleh menyediakan kerja dekorasi mudah siap yang cepat dan menyediakan kelebihan dari segi kecantikan dan karakter pada ruang. Bukan saja pada dinding, kertas dinding boleh disesuaikan pada keseluruhan konsep ruang dan fabrik yang digunakan kerana kertas dinding digunakan sebagai latar belakang pada keseluruhan ruang. Kertas dinding fabrik bukan dipasang secara rata tetapi boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti secara berlipat, tergantung, atau berlapik. Pelbagai cara dibuat untuk mengembangkan kreativiti bagaimana corak fabrik, warna dan tekstur boleh digunakan dan digabungkan.


INFO: Panduan menggunakan kertas dinding

Pilih kertas dinding yang boleh disesuaikan dengan gaya keseluruhan hiasan dan gaya seni bina bangunan. Contohnya jika hiasan pada kertas dinding berkonsepkan gaya klasik seperti zaman Renaissance atau Boroque sedangkan konsep reka bentuk ruang dan seni bina bercirikan moden atau tradisional, sudah tentu tidak sesuai dan terkeluar dari karektor sebenar ruang dalaman.

Gunakan prinsip reka bentuk yang baik kerana dalam membuat pilihan pastikan skala dan perkadaran ruang anda diketahui sebelum membuat pilihan kerana mata anda mungkin tertarik dengan corak pada kertas dinding sedangkan ruang anda mungkin terlalu kecil untuk menerima corak yang terlalu besar.

Pemilihan corak dan gaya kertas dinding mestilah dikaji supaya kertas dinding yang dipilih dan dipasang boleh bertahan bagi jangkamasa lama kerana jika sesuatu corak dan gaya dipilih atas dasar emosi dan kehendak semasa, kertas dinding yang dipilih mungkin menimbulkan kebosanan dari segi tarikan estatik.

Hadkan apa juga pilihan bilangan corak dan warna pada kertas dinding dan selaraskan supaya ada kesan harmoni dan keseragaman. Minta pandangan profesional supaya pilihan pelbagai corak dan warna tepat dan ada nilai harmoni.

Tesktur pada kertas dinding boleh memberi kesan tiga dimensi pada dinding ruang dalaman. Pastikan tekstur itu mempunyai kualiti yang baik dan halus supaya perubahan tidak ketara dari satu ke satu ruang yang lain. Ini bagi mengelak berlaku gangguan visual dan ketenteraman ruang.

Walau bagaimana baik sekalipun kertas dinding digunakan tetapi jika kerja pemasangan tidak sempurna dan tidak dilakukan orang yang mahir, kertas dinding tidak dapat memainkan peranannya dalam ruang dalaman. Sebelum membuat sebarang keputusan menggunakan kertas dinding, pastikan anda selaraskan dengan bahan kemasan lain dan pilihan perabot. Ambil contoh beberapa kertas dinding yang dipilih dan dipadan dulu dengan keseluruhan pilihan fabrik perabot, fabrik langsir tingkap dan warna dinding yang lain. Ini bagi mengelak anda melakukan kesilapan yang nanti akan menyebabkan berlaku kerugian.

Jika memasang kertas dinding ,elak corak keterlaluan, sebaiknya pilih warna natural dengan corak ringkas.kumpulkan semua barang hiasan dan asingkan mengikut jenis, warna atau konsep. letakkan barang mengikut kumpulan untuk memberi kesan lebih tersusun. jgn hadkan hiasan dinding pada bingkai gambar,lukisan dan cermin sahaja. boleh juga mngantung pinggan lama. Pasang rak dinding kecil untuk menghias sudut sempit,di atas rak ini boleh di letakkan lilin aneka warna atau cenderahati.




Berhati-berhati
ketika membeli barang hiasan di ruang pameran, barangan munkin cantik ketika di kedai namun janggal bila di padankan dengan keadaan dan hiasan rumah. Jangan buang perhiasan lama yang meningalkan kenangan pada diri , contohnya lukisan ketika di bangku sekolah atau gambar ketika kecil.gambar lama begini lebih berharga jika di bingkaikan. pelbagaikan hiasan dinding di rumah.hamparan kecil mampu menarik perhatian tetapi cepat mengumpulkan dan tampak kusam.perlu rajin membersihkan supaya ia sentiasa tampak baru. jika anda meminati lukisan tetapi tidak mampu membelinya,hasilkan lukisan sendiri,ia akan lebih bermakna.


Rancang ruang penyimpanan barang untuk penyediaan makanan dan minuman. Bagi mengelak dilihat, bina tempat penyimpanan secara bina kekal atau perabot konsol diletak berdekatan ruang makan bagi memudah untuk dikeluarkan apabila hendak digunakan. Meja empat segi sesuai digunakan dalam suasana makan secara terkawal dan lebih sopan selain penggunaan ruang juga boleh dirancang dan tidak memberi kesan ketara pada keseluruhan ruang makan. Cermin boleh digunakan sebagai nilai tambah pada ruang makan kerana kesan pembalikan memberi kesan keluasan ruang dari pandangan visual. Selain daripada itu sebagai penyeri dan penarik selera kerana refleksi cahaya lampu menerangi ruang dan refleksi ruang yang cerah akan membangkitkan selera.





Ringkasan Tentang Kertas Dinding

1. Ofkos cantik le...banyak pattern.
2. Jaminan 9 tahun.
3. Washable...just ambik kain basah dan lap.
4. Kalau dinding x rata disebabkan plaster dan bancuhan x betul, lubang2 kecil, rekahan kecil dsbnya...tampal aje dgn wallpaper... dah x nampak kesan cacat.
5. Boleh dipadankan dengan warna cat sedia ada, feature wall dsbnya. X perlu cat semua rumah. Boleh di selang selikan dgn cat jika mahu.
6. Menaikan aura dan semangat serta suasana (romantik) pada dinding dan bilik anda.
7. Special Effect...batu bata..nampak macam real padahal wallpaper aje.
8. Fotomural...gambar pemandangan yg menyegarkan dan menenangkan jiwa.
9. Mesra Alam...tiada bau kimia.
CARA MENGUKUR SIZE LEBAR TINGKAP UNTUK LANGSIR
11:34 PM | Author: HIASAN REKA INDAH
Mengukur lebar langsir

Pastikan ukuran dibuat pada lebar trek langsir atau batang rod. Sekiranya mahu memasang trek atau batang rod yang baru , lebihkan 15cm hingga 30cm kiri dan kanan tingkap serta 12cm hingga 15cm di atas kepala tingkap.

trek kayu langsir

Batang Rod

Ukur awal ke hujung kayu tidak termasuk bebola – B .

batangrod

Mengukur Labuh Langsir

Adalah cara terbaik untuk membiarkan langsir tergantung ke paras lantai atau di bawah paras tingkap. Kami mengesyorkan labuh langsir diukur samaada seperti berikut :

A. 1cm di atas lantai

B. 15 – 20cm di bawah aras tingkap

C. Sama paras tingkap

ukurlabuh