HOMEDEC 2010 EXHIBITION ! MASUK PERCUMA
9:31 AM | Author: HIASAN REKA INDAH




























Date
29 Apr - 2 May 2010
Time
10am - 8pm
Location
Admission
Free
Phone
+603-7982 4668
Website official website
Category Exhibitions








KETERANGAN LEBIH LANJUT BOLEH LAYARI http://www.homedec.com.my
Tips Pemilihan Langsir
9:38 PM | Author: HIASAN REKA INDAH

Pilihan kain hendaklah selaras bentuk tingkap supaya berpadanan dengan jendela

Ada baiknya jika pilihan langsir bersesuaian perabot dan hiasan dalaman rumah, kalaupun tidak secorak dan sewarna tetapi sekurang-kurangnya mewujudkan keseimbangan yang menawan.

Paling penting, kain pilihan hendaklah selaras bentuk tingkap supaya langsir dan jendela saling berpadanan. Bagi setiap individu perlu mengetahui bentuk tingkap mereka sebelum memilih rekaan langsir tertentu.

Bentuk Tingkap

Bentuk tingkap memainkan peranan penting dalam menentukan pilihan langsir. Tingkap pada kediaman berbeza mengikut
gaya senibina. Bentuk tingkap yang lazim dipasang adalah seperti tingkap casement (boleh dibuka ke luar atau ke dalam), tingkap sorong dan tingkap bay (tingkap bersegi yang dibina secara mengunjur keluar).

Bagi tingkap casement, dinasihatkan memasang langsir yang dijahit ringkas tanpa ropol atau kedutan. Pilihan rekaan langsir lebih mudah bagi tingkap sorong kerana ruang bukaan luas dan lebar. Pemasangan pelmet (papan yang melindungi besi dan pencangkuk langsir) dan birai hias boleh dilakukan jika tingkap sorong mempunyai lebihan ruang di bahagian atas. Manakala bagi tingkap bay pula memberi peluang penghuni menghiasinya secara keseluruhan dan untuk menambah kemasan tingkap, pasangkan pelmet mengikut bentuk tingkap.

Jenis Langsir

Rekaan langsir yang menjadi tarikan ialah potongan secara tie scarlet iaitu kain langsir yang berkedut di atas dan bawahnya berbentuk seperti tali leher dan disempurnakan dengan
gaya klasik, gaya ini juga boleh digayakan lagi dengan hiasan berkedut di atas tetapi diserikan dengan renda. Sebagai tambahan rekaan ini boleh disediakan dengan rekaan scallop classic, pencil plite dan scallop pencil plite. Bagi pilihan langsir yang menggunakan potongan scallop ini, adalah amat sesuai menggunakan kain jenis satin.

Rekaan langsir berbentuk scallop sama ada dalam bentuk rekaan classic ataupun tie amat sesuai bagi kediaman besar atau banglo. Ini kerana rekaan seperti ini kelihatan agak formal dan bergaya.

Bagi ruang dapur pula memerlukan kain langsir yang tebal dan tahan. Oleh itu dicadangkan guna kain langsir jenis scotchguard. Langsir di ruang dapur biasanya lebih ringkas dan tidak terlalu 'mewah' dengan kedutan sesuai dengan tumpuan kepada aktiviti memasak. Kebanyakan suri rumah lebih suka potongan atau hiasan langsir berbentuk bidai.

Rekaan langsir harus disesuaikan dengan jenis ruang kediaman, sebagai contoh ruang dapur dan bilik tidur, bentuk potongannya perlu dibezakan dengan langsir di ruang tamu. Di bilik tidur kanak-kanak sebagai contoh sesuai dipasangkan atau dihias menarik, hiasan tambahan boleh dibuat dengan diikatkan riben pada langsir berkenaan.

Bagi bilik tidur utama, potongan langsir yang ringkas menggunakan warna lembut sangat sesuai kerana dapat menimbulkan suasana romantik dan damai.

Bagi rumah kecil, langsir berpotongan ringkas membolehkan ruang yang sempit kelihatan selesa dan luas. Mereka harus menyesuaikan keadaan dan jangan terikut-ikut hiasan langsir yang berlebihan seperti kediaman besar hingga menyebabkan keadaan rumah kelihatan semak dan sesak. Bagi yang kurang berkemampuan, mereka boleh memperbaharui langsir lama dengan menambahkan hiasan riben atau renda. Kaedah ini menjimatkan kerana mereka tidak perlu membeli keseluruhan fabrik untuk langsir.

Jenis Fabrik

Lazimnya, fabrik yang menjadi pilihan utama ialah 100 peratus kapas atau campuran kapas dan polyster. Kain renda atau satin yang mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama. Kini ramai suri rumah gemar menggunakan fabrik scotchguard yang diselaputi bahan kalis air kerana tahan lasak.




INFO: Panduan Memilih Langsir
Sekiranya membeli langsir siap diguna, sebaiknya pilih ukuran yang mencecah sehingga ke lantai.

Mereka yang gemar penampilan moden, ringkas atau ketika boleh menggunakan langsir tidak berjahit dan digantungkan pada batang besi atau kayu.

Ketinggian tingkap dapat ditonjolkan dengan memasang pelmet dan anda boleh menggunakan langsir siap diguna.

Padankan fabrik dan kertas dinding bagi mengatasi pemandangan kurang menarik di sesuatu ruang, selain dapat menonjolkan seri tingkap.

Jika anda memerlukan kemasukan cahaya semula jadi, tetapi pada masa sama inginkan suasana bersendirian, pilih rekaan langsir kedai kopi (langsir separuh terbuka) yang tidak perlu dibuka atau ditutup kerana ia tidak menutup keseluruhan tingkap

CARA MEMILIH WARNA CAT DINDING
9:17 PM | Author: HIASAN REKA INDAH

Rumah cantik Anda sudah terlihat kusam? Mari kita mengecat. Tak ada salahnya mengganti warna dinding rumah Anda dengan yang baru. Hasilnya pasti akan nampak lebih segar. Eh, belum tentu! Sebelum Anda membeli cat, pastikan Anda telah memilih warna yang sesuai. Bagaimana cara memilih warna untuk dinding Anda, tentu tak lepas dari pemahaman akan makna dari tiap-tiap warna itu sendiri. Tak banyak warna yang akan disampaikan dalam tips ini tentunya dengan tujuan untuk tak membuat Anda terlalu semakin bingung ;)
Putih. Warna yang sangat neutral, dapat padankan dengan warna apapun. Bagi Anda pecinta ‘bersih’, ingin mendapatkan kesan lapang, simple,warna ini tentu sangat sesuai untuk menghiasi ruang tamu anda. Tetapi tentunya jangan berlebihan kerana dapat menimbulkan kesan dingin, tidak mesra, biasa atau kaku.
Hitam. Wow! Warna ini selalu memberikan kesan elegan, gagah, dengan efek melindungi. Tapi tidak di dominasikan untuk mengaplikasikan warna ini secara menyeluruh. Anda akan mendapatkan kesan suasana kegelapan
Kuning. Warna ini memberikan kesan teruja, penuh semangat dan mewah. Seringkali disamakan dengan warna emas sebagai lambang kemakmuran. Agak sesuai untuk ruang kerja Anda.
Orange. Warna yang mampu memberikan kesan hangat, bahagia, ceria dan penuh semangat. Sesuai untuk ruang makan Anda.
Hijau. Warna yang dekat dengan alam. Mampu memberikan kesan teduh, alami, damai, santai, sejuk juga efek menenangkan. Sesuai untuk ruang tidur Anda.
Coklat. Warna yang paling disukai kerana kesannya yang hangat, nyaman dan tenang. Sesuai untuk ruang tamu atau ruang keluarga. Anda dapat mengaplikasikannya pada ruangan yang terlalu besar agar tak menimbulkan kesan dingin/sepi.
Biru. Satu lagi warna yang cukup jadi pilihan. Biru laut atau biru langit mampu memberikan nyaman, tenang dan sunyi. Selain itu juga menjadikan ruangan sempit Anda terasa lega/luas. Sangat sesuai untuk kamar tidur Anda.
Padan warna yang tepat akan memberikan hasil yang memuaskan. Jadi, terus mencipta warna yang sesuai untuk anda dalam menciptakan karya menarik untuk rumah Anda. Selamat mencuba ;)
ADVERTISTMENT
6:43 PM | Author: HIASAN REKA INDAH
Tip susun sofa
5:34 PM | Author: HIASAN REKA INDAH

Tip susun sofa



Ruang tamu yang praktikal serta menarik perlu mempunyai sofa yang selesa, cahaya yang cukup, feature wall yang menonjol, warna-warna yang menyegarkan, dsbnya.

Tip menyusun sofa atau tempat duduk di ruang tamu:-

1. Jika ruang tamu ingin dimanfaatkan tempat merai tetamu sepenuhnya, tempat duduk elok disusun berdekatan supaya tetamu merasai kemesraan tuan rumah. Pastikan jarak di antara tempat duduk tidak terlalu jauh hingga mewujudkan ruang di tengah yang boleh menjadi kawasan lalu-lalang. Ini akan mengganggu perbualan dan sebaiknya, aliran lalu-lalang disediakan di belakang sofa.

2. Ambil kira keluasan ruang tamu, kedudukan tingkap dan pintu sebelum memilih tempat duduk kerana sofa memerlukan ruang. Pastikan kehadirannya tidak menghalang kawasan lalu-lalang di muka pintu atau sekitar ruang tamu.

3. Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1 atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta rotan yang ringkas. Meja kopi diletak di bahagian tengah.

4. Sofa dua atau tiga tempat duduk tidak bukan bermakna sepanjang masa diduduki. Biasanya ia tidak digunakan sepenuhnya pada satu masa kerana menyukarkan perbualan. Di sini, perlunya tambahan sofa satu tempat duduk yang dapat memberi keselesaan.

5. Ruang tamu yang digunakan untuk berbual dan menikmati hidangan ringan memerlukan meja kopi besar diletakkan di tengah ruang dilengkapi meja sisi serta sepasang sofa dua atau tiga tempat duduk diatur bertentangan.

6. Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik, pastikan fabrik pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan kerusi pula mampu mewujudkan kelainan.

7. Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap menampilkan gaya menarik. Selain itu, ia boleh dijadikan tempat duduk tambahan dan sudut membaca.