Bilik sesuai rangsang minda anak kecil
11:53 AM | Author: HIASAN REKA INDAH
PELBAGAI konsep digunakan ibu bapa untuk menampilkan kelainan bilik si kecil bagi membolehkan mereka menikmati keselesaan ketika berehat, bermain, belajar atau tidur.

Bilik si kecil yang bergaya ringkas dilengkapi sebuah katil bujang, meja belajar, kerusi serta rak terbuka bagi menempatkan himpunan barang permainan lebih bermanfaat.Biasanya, bilik tidur kanak-kanak disatukan dengan ruang bermain bagi memudahkan mereka berinteraksi.

Kebijaksanaan membentuk ruang yang sesuai penting bagi merangsang keupayaan minda anak menjalani kehidupan lebih bermakna.Pilih warna yang sesuai bagi bilik kanak-kanak untuk keselesaan dan sudut pembelajaran sempurna. Bukan semua warna ceria sesuai untuk kanak-kanak. Merah umpamanya membuatkan kanak-kanak cepat lapar dan warna kuning ada kebarangkalian kanak-kanak menghidap penyakit kuning.

Warna ceria membuatkan kanak-kanak hiperaktif dan biasanya rona merah jambu dan biru muda sesuai untuk bilik mereka. Untuk bilik tidur bersama ruang bermain, ukurannya perlu cukup luas dan lengkapkan dengan rak atau almari.Rak terbuka sesuai untuk anak berumur lima tahun ke atas kerana mereka pandai menyusun atur barangan.

Jika anak masih kecil dan berusia kurang tiga tahun, sediakan bakul untuk memudahkan mereka memasukkan barang permainan selepas bermain. Pastikan tiada benda tajam di bilik dan pilih perabot jenis tidak berbucu tajam atau keras.

Katil yang mempunyai pengadang sesuai dengan usia kanak-kanak juga sering menjadi pilihan ibu bapa termasuk menampilkan konsep mengikut kecenderungan anak mereka. Bagi kanak-kanak yang meminati kartun, tempatkan almari pakaian, meja bermotif kartun bersebelahan katil, lampu terendak dan penggunaan kertas dinding bermotifkan kartun.

Alas meja kopi desa Inggeris
11:40 AM | Author: HIASAN REKA INDAH

KREATIVITI menghasilkan sendiri alas meja kopi mengikut konsep dekorasi memberikan kelebihan kepada setiap pemilik kediaman.


Kelainan yang diserlahkan secara tidak langsung mengubah suasana ruang lebih berseri dan menarik perhatian sesiapa saja yang memandang.

Apatah lagi suasana indah di ruang makan atau ruang tamu terutamanya memberikan sudut pandangan berbeza atau titik fokal terbaik tanpa perlu membazir.

Menyedari ramai pemilik kediaman yang mempunyai kreativiti tersendiri, Hiasan Reka Indah kali ini berkongsi kaedah menghasilkan alas meja kopi bergaya kedesaan Inggeris.

Menurut Pengurus Hiasan Reka Indah, Faridah Hamid, idea yang dikongsi itu bukan sekadar memenuhi konsep kedesaan Inggeris, malah turut menyerikan konsep hiasan dalaman lain termasuk suai padan.

"Di kalangan kita sebenarnya mempunyai kepandaian menyerlahkan suasana kediaman berdasarkan cita rasa cuma ada yang kurang yakin dengan kemampuan sendiri.

"Menghasilkan sendiri alas meja antara kreativiti paling mudah tanpa menghabiskan terlalu banyak masa terutama anda yang sibuk dengan kerja di pejabat," kata Faridah.

Hiasan Reka Indah turut menawarkan pelbagai fabrik dan aksesori hiasan dalaman khusus untuk gaya kedesaan Inggeris yang dijangka memenuhi keperluan setiap pemilik kediaman.


Sediakan bahan:

  • Fabrik motif bunga-bungaan sesuai untuk ukuran meja kopi
  • Kain lapisan dalam (biasanya rona krim atau putih)
  • Aksesori hiasan untuk bucu kain
  • Peralatan gubahan



    Langkah 1

  • Hasilkan bucu tajam lima inci dari hujung kain dengan teliti.


    Langkah 2

  • Gunting mengikut lakaran tadi.


    Langkah 3

  • Cantumkan kain lapisan dalam dan sematkan jarum peniti.


    Langkah 4

  • Gunting kain lapisan dalam mengikut ukuran alas meja tadi.
  • Terbalikkan kain tadi dan jahit keseluruhan tepi kain dengan teliti iaitu setengah inci dari tepi kain.
  • Tinggalkan sedikit ruang untuk menjahit aksesori hiasan alas meja pada bucu kain tadi.


    Langkah 5

  • Kain yang sudah dijahit tadi perlu diterbalikkan untuk menyerlahkan motif asalnya.
  • Gosok menggunakan seterika dan jahit pula bahagian luar kain termasuk aksesori hiasan pada bucunya.
  • KOLEKSI : YOUNG AND TRENDY
    12:06 AM | Author: HIASAN REKA INDAH
    YOUNG AND TRENDY



    http://www.elyza.com/WebLITE/Applications/productcatalog/uploaded/pics/startrek2.jpg http://www.elyza.com/WebLITE/Applications/productcatalog/uploaded/pics/modern%20pr4.jpg http://www.elyza.com/WebLITE/Applications/productcatalog/uploaded/pics/modern%20pr1.jpg
    Cara Penjagaan Langsir
    12:46 PM | Author: HIASAN REKA INDAH
    Langsir selalunya diabaikan di kebanyakan rumah. Anda mungkin tidak sedar bahawa langsir harus dibersihkan lebih kerap daripada yang di sangka.


    Perangkap habuk dan debu

    Langsir yang merupakan pemisah antara bahagian luaran dan dalaman selalunya akan dipenuhi kekotoran seperti habuk dan debu. Apabila tingkap dibuka, langsir akan menyerap kelembapan dan menarik habuk dari luar. Habuk halus dapat melalui ruang dan rongga kecil walaupun semasa tingkap di tutup,
    Langsir juga memerangkap habuk yang datang dari siling dan kipas. Semasa kita membersikhan rumah, habuk akan beterbangan dan melekat pada kain langsir. Apabila mengambilkira kesemua faktor ini, barulah kita sedar bahawa betapa pentingnya mencuci langsir dengan kerap.


    Cucian Mingguan


    Ianya boleh dilakukan semasa membersihan rumah di hujung minggu dengan cara ‘dusting’ dan vakum samada dengan menggunakan bulu ayam, kain perangkap debu (dusting cloth) dan pembersih vakum.
    Berikut adalah beberapa tip yang boleh diambil kira: * Mulakan dengan bahagian atas langsir dan bergerak ke bawah supaya debu terjatuh di bahagian yang belum di bersihkan. * Fokuskan pada bucu dan lipatan yang paling banyak memerangkap debu. * Jika menggunakan kain lembab, pastikan langsir di vakum terlebih dahulu bagi mengelakkan ianya kotor. Kain lembab tidak digalakkan pada langsir yang berwarna cerah. * Adalah mudah untuk vakum langir yang digantung. * Pastikan langsir di vakum di kedua-dua belah.


    Cucian Kering


    Sila ikut arahan bagi langsir yang memerlukan ‘cucian kering’. Cucian kering juga disyorkan bagi langsir yang mempunyai aksesori seperti manik atau kristal.


    Cucian Mesin


    Membasuh menggunakan mesin basuh adalah cara yang paling mudah dan cepat. Terdapat beberapa tip untuk mendapatkan hasil yang bagus:
    * Pertama, anda harus membasuh langsir menggunakan pusingan yang perlahan (delicates cycle). Walaupun kebanyakan langsir adalah fabrik tebal dan boleh menahan pusingan yang berat (heavier cyle), namun Fibre Langsir biasanya lemah apabila terkena pancaran matahari. * Sekiranya kain terlalu kotor, bolehlah basuh menggunakan air suam. Jika tidak, adalah terbaik untuk membasuh menggunakan air sejuk bagi mengelakkan kain mengecut dan pudar. * Jika langsir berwarna gelap, adalah disarankan untuk menggunakan serbuk pencuci yang tidak melunturkan warna.