Bijak beli aksesori hiasan dalaman
11:04 PM | Author: HIASAN REKA INDAH
Bijak beli aksesori hiasan dalaman

MENGHIAS kediaman memerlukan peruntukan bajet tertentu dan pastikan anda tidak terlebih belanja semata-mata untuk mendapatkan perabot atau aksesori hiasan tertentu.

Panduan berikut dikongsikan:

Informasi

DAPATKAN seberapa maklumat sebelum anda membuat keputusan membeli perabot atau aksesori hiasan.


Ini kerana segala maklumat berkenaan hiasan dalaman berupaya membantu anda memilih konsep penataan terbaik untuk disesuaikan dengan gaya hidup dan keperluan keluarga.


Anda yang mempunyai bajet tambahan boleh mendapatkan khidmat pakar hiasan dalaman untuk digabungkan dengan idea anda.


Harga berpatutan


GUNAKAN elemen hiasan atau perabot yang tidak mahal, tetapi kelihatan eksklusif mahal.
Sarungkan kerusi di ruang makan dengan fabrik menarik, tetapi harga berpatutan. Ia menampilkan kelainan dan ramai beranggapan berasaskan material mahal.

Bijak membuat perancangan dari segi penyediaan langsir juga banyak membantu.
Anda mungkin boleh mengupah tukang jahit menghasilkan langsir mengikut cita rasa berdasarkan fabrik yang anda beli sendiri.

Sementara langsir yang sedia ada juga boleh diberi sentuhan baru dengan menambahkan ropol atau tambahan aksesori seperti pengikat langsir unik.



Seni dekoratif

PAMERKAN kreativiti anda dengan menghasilkan sendiri elemen hiasan dinding umpamanya.
Gambar yang unik selain potret keluarga boleh dibingkaikan dan menyerikan penataan ruang.

Tanpa perbelanjaan besar, kreativiti itu mampu mewujudkan suasana ceria dan harmoni.



Saiz dan ukuran

PASTIKAN keluasan kediaman anda sesuai dengan pilihan perabot dan reka letaknya.
Perabot yang eksklusif lebih tampil menarik jika dibeli dalam jumlah terhad. Ia mungkin menjadi titik fokal yang sempurna dan tetamu berasa lebih dihargai.


Mengecat sendiri kediaman

ANDA boleh melakukannya sendiri berdasarkan buku panduan mengecat.


Penampilan baru perabot dan aksesori hiasan


  • Cat semula kabinet hiasan umpamanya untuk menyerlahkan kelainan dan ubah reka letak supaya menampilkan sudut pandangan berbeza.

  • Perabot atau aksesori hiasan di ruang tertentu boleh dialihkan kedudukannya bagi mengelakkan kebosanan.

  • -sejarah rekabentuk dalaman mengikut zaman


    klik gambar untuk besar imej





    Hiasan Dalaman Ala Inggeris untuk Bilik Tidur
    10:43 PM | Author: HIASAN REKA INDAH

    Hiasan dalaman bilik tidur ala Inggeris adalah lebih kepada santai dan tidak terlalu formal. Perkara yang paling sukar dalam menterjemahkan idea hiasan dalaman bertemakan Inggeris ini ialah 'Tiada apa yang perlu sedondon !

    Kebanyakan daripada kita percaya bahawa setiap perkara yang sepadan adalah baik, jadi di dalam mengenakan tema hiasan ala Inggeris ini, tindakan untuk meninggalkan kepercayaan tersebut adalah merupakan suatu cabaran yang perlu di laksanakan. walaubagaimanapun hasilnya adalah amat berbaloi.

    Ada terdapat banyak perhiasan yang boleh di gunakan bagi menghasilkan bilik tidur yang bertemakan kedesaan Inggeris. Anda boleh meletakkan barang-barang perhiasan berkonsepkan Inggeris di beberapa sudut dan dinding bilik tidur anda bagi menghasilkan suasana kedesaan Inggeris yang menarik.

    Gunakan warna bunga yang lembut seperti Pink Rose, Biru Langit yang lembut, Lilac, Aprikot atau warna krim. Walaupun dinding bilik tidur ala Inggeris boleh menggunakan wallpaper, hiasan dalaman bilik tidur ala Inggeris yang lebih baik juga boleh diujudkan dengan menggunakan cat pada dinding serta di padankan dengan fabrik yang bermotifkan bunga untuk langsir dan cadar katil. Dinding boleh di warnakan dengan cat kapur putih untuk kelihatan lebih tulen dan murni.


    SALAM AIDILADHA
    12:30 AM | Author: HIASAN REKA INDAH


    Tema hiasan penting
    7:14 PM | Author: HIASAN REKA INDAH
    MENCIPTA ruang dalaman yang sempurna bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan perancangan teliti agar tidak terikut dengan kediaman orang lain.

    Ia lebih memberikan cabaran apabila berpindah ke rumah baru kerana suasana itu memberikan ruang-ruang dinding yang kosong.

    Pilihan penataan memberikan gambaran gaya hidup penghuni kediaman itu sendiri dan ia menjadi tatapan tetamu yang bertandang.

    Fikir konsep atau tema asas, pengisian ruang atau warna-warna yang sesuai termasuk penataan cat untuk segenap inci kediaman anda.


    Cat semestinya menjadi elemen terpenting dalam mengubah suasana suram menjadi lebih ceria sepanjang masa.


    Sebelum membeli cat, pastikan ia sesuai dengan skima warna yang anda inginkan.

    Bandingkannya dengan langsir dan permaidani atau lebih baik jika anda uji terus ke dinding anda.

    Biasanya cat cenderung kelihatan lebih gelap apabila sudah disapu di dinding.

    Jika anda ragu dengan tona sesuai, pilih yang lebih pucat dan dapatkan khidmat nasihat dari kedai cat yang anda kunjung itu.

    Perancangan yang dibuat termasuk bajet perlu diambil kira dan anda boleh mengelakkan kediaman menjadi bahan uji dekorasi.

    Dapatkan idea yang jelas berkenaan pembinaan dan hiasan dalaman kediaman anda untuk keselesaan semua.

    Pembinaan dalaman bermaksud struktur atau kemudahan yang anda bina di dalam rumah selain dinding, lantai dan siling yang sedia ada.

    Ia mungkin kabinet, almari pakaian atau dinding sempadan yang menambahkan seri kediaman.

    Hiasan dalaman pula antara elemen yang memberikan warna, tekstur dan estetika kepada ruang-ruang dalam kediaman anda.

    Ia mungkin cat, kertas dinding, lukisan, gambar, kemasan langsir atau perabot seperti sofa mudah alih.

    Kombinasi yang kreatif serta bijak antara pembinaan dalaman dan hiasan dalaman menyempurnakan idea anda itu.

    Jika anda melihat sesuatu perhiasan dan berkenan di mata padankan dengan latar kediaman anda dan kenal pasti sama ada sesuai atau sebaliknya.

    Elak membeli, memilih atau membina secara rambang jika mahu menjadikan dalaman rumah anda benar-benar menarik dan membanggakan.

    6 Tip Mengatasi Kesesakan Ruang Tamu
    7:00 PM | Author: HIASAN REKA INDAH
    Ruang tamu adalah ruang utama bagi sebuah rumah untuk keluarga berkumpul, berhibur dan berehat selain di mana kita mengadakan majlis keramaian. Oleh itu ruang tamu haruslah dihias bagi mewujudkan suasana tenang.

    Dengan sedikit sentuhan juga, hiasan tadi mampu mengubah penampilan ruang tersebut secara drastik. Masalah yang selalu timbul ialah menghias ruang tamu yang agak sempit.

    Bagi keluasan yang terhad, masalah utamanya ialah susun atur perabot yang digunakan di situ seperti kerusi, meja, almari, televisyen dan lampu. Penggunaan perabot tersebut untuk ruang yang sempit hanya mendatangkan pemandangan yang sesak sekiranya susun aturnya tidak diberi perhatian. Berikut 6 cara mengatasi kesesakan yang berlaku agar ruang tamu anda lebih menarik dan menenangkan.



    1. Memilih warna cat dengan betul. Idea menghias ruang tamu yang kecil seharusnya bermula dengan pemilihan warna cat bagi dinding dan siling. Anda digalakkan menggunakan warna 'cool' yang lebih berkesan untuk membangkitkan kelembutan dan ketenangan, dan warna siling yang dipilih perlu lebih cerah berbanding warna dinding. Ini akan membuatkan ruang tamu anda luas.Namun pemilihan warna tadi sebaiknya dari satu keluarga warna (family color). Anda juga boleh menggunakan kombinasi cat matte dan glossy untuk nampak lebih cantik. Gunakan cat glossy sebagai trimming di bahagian tingkap dan pintu.

    2. Mengatur lampu hiasan dan cermin. Untuk menampakkan lagi keluasan ruang tamu, gunakan beberapa jenis lampu bersama cermin muka di bahagian dinding. Sebuah cermin besar dengan pencahayaan penuh atau cermin-cermin kecil yang ditempat strategik, akan mengubah pemandangan ruang tamu anda.

    3. Menyusun perabot. Menyusun perabot di ruang tamu yang kecil sememangnya mencabar. Tambahan pula, ruang tersebut mempunyai pelbagai kegunaan dan kemudahan untuk pemilik rumah. Dengan itu, cuba susunan perabot yang di luar kebiasaan sebuah ruang tamu. Yang penting fungsi ruang tamu anda masih dikekalkan.

    4. Memilih tema dekorasi. Pilih tema hiasan anda berpandukan warna, stail dan bentuk (pattern) yang anda suka. Gunakan beberapa perabot bersaiz kecil dalam dekorasi anda, di samping seunit/set perabot besar seperti sofa sebagai titik tengah ruang tamu anda. Anda juga boleh menambah hiasan dengan beberapa gambar yang paling disukai sahaja.

    5. Memilih barang perhiasan dan perabot. Terlalu banyak item yang bersaiz kecil hanya membuatkan ruang tamu anda kelihatan sesak. Jadi, gunakan yang hanya perlu sahaja. Contohnya, lebih baik menggunakan hanya beberapa perabot besar bagi menggantikan sejumlah perabot kecil yang ada di situ. Atau, gantikan beberapa gambar berbingkai yang digunakan dengan satu gambar berbingkai yang besar.

    6. Menggantung langsir. Menggantung langsir dari siling hingga ke lantai adalah satu idea dekorasi yang baik untuk ruang yang sempit. Gantung langsir sedemikian di tingkap ruang tamu anda untuk menampakkan ketinggian siling, dan gunakan langsir daripada fabrik lembut untuk penampilan yang lebih formal dan klasik.
    decoration : wallpaper VS painting
    7:03 PM | Author: HIASAN REKA INDAH

    Antara kebaikan wallpaper ini adalah:

    1. Tahan lama.
    Wallpaper boleh tahan sehingga 5-10 tahun. Kebanyakan wallpaper yang bermutu tidak akan pudar, tapi kalau pakai cat, tentu saja sudah 2 atau 3 kali perlu dicat semula.

    2. Wallpaper boleh menutup rekahan tembok dan kecacatan dinding lain.
    Jika rumah kita ada rekahan yang agak ketara, cat agak susah untuk menutupnya kecuali menggunakan penampal terlebih dahulu. Untuk rumah yang dimodified daripada rumah lama( dahulunya kayu kemudian diganti dinding batu) wallpaper amat praktikal digunakan. Sebabnya kerana rumah tersebut akan banyak sekali kelihatan tiang kayu yang menjadi tiang seri (tiang rumah lama dahulu) jadi, wallpaper adalah penyelesaian kerana dapat menutupi kayu tersebut.

    3. Wallpaper amat mudah dibersihkan.
    Sekiranya kotor, maka kita hanya perlu lap sahaja. Untuk menjaga wallpaper, eloklah seminggu sekali dikebas dengan menggunakan bulu ayam (amat mudah). Dan untuk setahun sekali, elok dicuci dengan sabun lembut.

    4. Kerosakan wallpaper boleh di baiki.
    Sekiranya wallapaper ada yang terkoyak, kotor yang tidak dibersihkan, maka penyelesaiannya amat mudah. Gunakan wallpaper simpanan untuk menampal mengikut tile yang betul untuk menutup kerosakan. Oleh itu, perlu dan AMAT perlu menyimpan sekurang2 nya setengah roll dari wallpaper untuk keadaan kecemasan seperti ini.

    5. Wallpaper = tidak berbau.
    Kalau cat, jika bukan jenis yang mahal akan berbau dan tidak menyenangkan.

    6. Wallpaper memberi texture menarik.
    Jika dipadankan dengan lampu dan pencahayaan yang sesuai, texture wallpaper akan dinaik seri dan memang mengindahkan ruang rumah. Jika cat tu, biasa saja lah.



    Itulah antara kelebihan wallpaper berbanding cat. Wallpaper yang baik ialah buatan itali dan diikuti US. Wallpaper buatan China adalah yang paling rendah kualiti.

    Untuk maklumat anda, wallpaper ini dijual dalam bentuk ROLL, untuk mengukur kepanjangan rumah anda, pertama sekali perlu lihat corak pada ROLL tersebut. Kalau bunga lihat mana ekor dan mana kepala. Jadi, wallpaper anda mungkin akan dilekat memanjang di dinding atau dari siling ke lantai. Hati-hati dengan pengiraan. Jangan lari budget...


    Pengiraan Yang betul untuk Langsir anda.
    10:59 PM | Author: HIASAN REKA INDAH

    Pengiraan dan formula yang betul adalah perlu bagi menghasilkan langsir yang cantik dan menarik.


    contoh pengiraan untuk French Pleat.

    Formula adalah darab dua (x2)
    - Bermaksud lebar rail dikalikan dengan dua.
    - Gandaan dua untuk menghasilkan kedutan sekata.
    - Langsir yang cantik terletak pada forumula kiraan yang betul
    - Tidak terkecuali teknik menjahit yang betul.



    contoh kiraan. lebar rail 60inci labuh 78 kiraan 60 x 2 = 120inci 120inci perlu dibahagikan dengan lebar bidang kain. (terpulang pada bidang kain yg puan2 beli, cth 54inci, 60inci, 110inci)

    contoh kita ambil bidang kain 60inci 120inci bahagi 60inci = 2 bermakna 2 keping (bidang) diperlukan. untuk mengetahu meter kain yang perlu diberi. *amat penting untuk memudahkan proses membeli fabrik yang diperlukan 78inci + 10inci (basi jahitan) menjadikan 88inci 88inci x 2 (keping kain yg dikira diatas tadi) menjadikan 176inci Di bahagikan pula dengan 39inci (bersamaan 1 Meter) 176 bahagi 39 = 4.5m ini bermakna 4.5m kain yg perlu dibeli untuk ukuran seperti diatas.

    Diatas adalah contoh kiraan yang perlu kita tahu untuk menjait langsir. French pleat adalah satu paten langsir yang mudah. Dan dianggap tidak perlu belajar, namun jangan abaikan. formula dan tenik memotang serta menjahit juga penting untuk dipelajari.

    Selamat menjahit langsir.