6 Tip Mengatasi Kesesakan Ruang Tamu
7:00 PM | Author: HIASAN REKA INDAH
Ruang tamu adalah ruang utama bagi sebuah rumah untuk keluarga berkumpul, berhibur dan berehat selain di mana kita mengadakan majlis keramaian. Oleh itu ruang tamu haruslah dihias bagi mewujudkan suasana tenang.

Dengan sedikit sentuhan juga, hiasan tadi mampu mengubah penampilan ruang tersebut secara drastik. Masalah yang selalu timbul ialah menghias ruang tamu yang agak sempit.

Bagi keluasan yang terhad, masalah utamanya ialah susun atur perabot yang digunakan di situ seperti kerusi, meja, almari, televisyen dan lampu. Penggunaan perabot tersebut untuk ruang yang sempit hanya mendatangkan pemandangan yang sesak sekiranya susun aturnya tidak diberi perhatian. Berikut 6 cara mengatasi kesesakan yang berlaku agar ruang tamu anda lebih menarik dan menenangkan.



1. Memilih warna cat dengan betul. Idea menghias ruang tamu yang kecil seharusnya bermula dengan pemilihan warna cat bagi dinding dan siling. Anda digalakkan menggunakan warna 'cool' yang lebih berkesan untuk membangkitkan kelembutan dan ketenangan, dan warna siling yang dipilih perlu lebih cerah berbanding warna dinding. Ini akan membuatkan ruang tamu anda luas.Namun pemilihan warna tadi sebaiknya dari satu keluarga warna (family color). Anda juga boleh menggunakan kombinasi cat matte dan glossy untuk nampak lebih cantik. Gunakan cat glossy sebagai trimming di bahagian tingkap dan pintu.

2. Mengatur lampu hiasan dan cermin. Untuk menampakkan lagi keluasan ruang tamu, gunakan beberapa jenis lampu bersama cermin muka di bahagian dinding. Sebuah cermin besar dengan pencahayaan penuh atau cermin-cermin kecil yang ditempat strategik, akan mengubah pemandangan ruang tamu anda.

3. Menyusun perabot. Menyusun perabot di ruang tamu yang kecil sememangnya mencabar. Tambahan pula, ruang tersebut mempunyai pelbagai kegunaan dan kemudahan untuk pemilik rumah. Dengan itu, cuba susunan perabot yang di luar kebiasaan sebuah ruang tamu. Yang penting fungsi ruang tamu anda masih dikekalkan.

4. Memilih tema dekorasi. Pilih tema hiasan anda berpandukan warna, stail dan bentuk (pattern) yang anda suka. Gunakan beberapa perabot bersaiz kecil dalam dekorasi anda, di samping seunit/set perabot besar seperti sofa sebagai titik tengah ruang tamu anda. Anda juga boleh menambah hiasan dengan beberapa gambar yang paling disukai sahaja.

5. Memilih barang perhiasan dan perabot. Terlalu banyak item yang bersaiz kecil hanya membuatkan ruang tamu anda kelihatan sesak. Jadi, gunakan yang hanya perlu sahaja. Contohnya, lebih baik menggunakan hanya beberapa perabot besar bagi menggantikan sejumlah perabot kecil yang ada di situ. Atau, gantikan beberapa gambar berbingkai yang digunakan dengan satu gambar berbingkai yang besar.

6. Menggantung langsir. Menggantung langsir dari siling hingga ke lantai adalah satu idea dekorasi yang baik untuk ruang yang sempit. Gantung langsir sedemikian di tingkap ruang tamu anda untuk menampakkan ketinggian siling, dan gunakan langsir daripada fabrik lembut untuk penampilan yang lebih formal dan klasik.
|
This entry was posted on 7:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: