Tip susun sofa
5:34 PM | Author: HIASAN REKA INDAH

Tip susun sofa



Ruang tamu yang praktikal serta menarik perlu mempunyai sofa yang selesa, cahaya yang cukup, feature wall yang menonjol, warna-warna yang menyegarkan, dsbnya.

Tip menyusun sofa atau tempat duduk di ruang tamu:-

1. Jika ruang tamu ingin dimanfaatkan tempat merai tetamu sepenuhnya, tempat duduk elok disusun berdekatan supaya tetamu merasai kemesraan tuan rumah. Pastikan jarak di antara tempat duduk tidak terlalu jauh hingga mewujudkan ruang di tengah yang boleh menjadi kawasan lalu-lalang. Ini akan mengganggu perbualan dan sebaiknya, aliran lalu-lalang disediakan di belakang sofa.

2. Ambil kira keluasan ruang tamu, kedudukan tingkap dan pintu sebelum memilih tempat duduk kerana sofa memerlukan ruang. Pastikan kehadirannya tidak menghalang kawasan lalu-lalang di muka pintu atau sekitar ruang tamu.

3. Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1 atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta rotan yang ringkas. Meja kopi diletak di bahagian tengah.

4. Sofa dua atau tiga tempat duduk tidak bukan bermakna sepanjang masa diduduki. Biasanya ia tidak digunakan sepenuhnya pada satu masa kerana menyukarkan perbualan. Di sini, perlunya tambahan sofa satu tempat duduk yang dapat memberi keselesaan.

5. Ruang tamu yang digunakan untuk berbual dan menikmati hidangan ringan memerlukan meja kopi besar diletakkan di tengah ruang dilengkapi meja sisi serta sepasang sofa dua atau tiga tempat duduk diatur bertentangan.

6. Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik, pastikan fabrik pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan kerusi pula mampu mewujudkan kelainan.

7. Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap menampilkan gaya menarik. Selain itu, ia boleh dijadikan tempat duduk tambahan dan sudut membaca.

|
This entry was posted on 5:34 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 comments:

On April 18, 2010 at 12:14 AM , Cik Akma said...

hihihi tgk2 blog ni x sabar nak hias rumah baru nnti. nnti nk suh mak tgk blog ni. hee =)

 
On April 19, 2010 at 8:57 PM , HIASAN REKA INDAH said...
This comment has been removed by the author.
 
On April 19, 2010 at 8:58 PM , HIASAN REKA INDAH said...

datang la butique kami di seksyen 7, macam2 kain ada dari elyza's