Alas meja kopi desa Inggeris
11:40 AM | Author: HIASAN REKA INDAH

KREATIVITI menghasilkan sendiri alas meja kopi mengikut konsep dekorasi memberikan kelebihan kepada setiap pemilik kediaman.


Kelainan yang diserlahkan secara tidak langsung mengubah suasana ruang lebih berseri dan menarik perhatian sesiapa saja yang memandang.

Apatah lagi suasana indah di ruang makan atau ruang tamu terutamanya memberikan sudut pandangan berbeza atau titik fokal terbaik tanpa perlu membazir.

Menyedari ramai pemilik kediaman yang mempunyai kreativiti tersendiri, Hiasan Reka Indah kali ini berkongsi kaedah menghasilkan alas meja kopi bergaya kedesaan Inggeris.

Menurut Pengurus Hiasan Reka Indah, Faridah Hamid, idea yang dikongsi itu bukan sekadar memenuhi konsep kedesaan Inggeris, malah turut menyerikan konsep hiasan dalaman lain termasuk suai padan.

"Di kalangan kita sebenarnya mempunyai kepandaian menyerlahkan suasana kediaman berdasarkan cita rasa cuma ada yang kurang yakin dengan kemampuan sendiri.

"Menghasilkan sendiri alas meja antara kreativiti paling mudah tanpa menghabiskan terlalu banyak masa terutama anda yang sibuk dengan kerja di pejabat," kata Faridah.

Hiasan Reka Indah turut menawarkan pelbagai fabrik dan aksesori hiasan dalaman khusus untuk gaya kedesaan Inggeris yang dijangka memenuhi keperluan setiap pemilik kediaman.


Sediakan bahan:

  • Fabrik motif bunga-bungaan sesuai untuk ukuran meja kopi
  • Kain lapisan dalam (biasanya rona krim atau putih)
  • Aksesori hiasan untuk bucu kain
  • Peralatan gubahan



    Langkah 1

  • Hasilkan bucu tajam lima inci dari hujung kain dengan teliti.


    Langkah 2

  • Gunting mengikut lakaran tadi.


    Langkah 3

  • Cantumkan kain lapisan dalam dan sematkan jarum peniti.


    Langkah 4

  • Gunting kain lapisan dalam mengikut ukuran alas meja tadi.
  • Terbalikkan kain tadi dan jahit keseluruhan tepi kain dengan teliti iaitu setengah inci dari tepi kain.
  • Tinggalkan sedikit ruang untuk menjahit aksesori hiasan alas meja pada bucu kain tadi.


    Langkah 5

  • Kain yang sudah dijahit tadi perlu diterbalikkan untuk menyerlahkan motif asalnya.
  • Gosok menggunakan seterika dan jahit pula bahagian luar kain termasuk aksesori hiasan pada bucunya.
  • |
    This entry was posted on 11:40 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

    0 comments: