|

KERTAS dinding antara bahan kemasan dinding lembut yang banyak digunakan selain bahan kemasan dinding lain seperti cat. Walaupun pemasangannya agak sukar kerana membabitkan bahan pelekat tetapi kemasan ini menjadi pilihan kerana keunikan warna, tekstur dan corak yang menarik.
Kertas dinding kebanyakannya diperbuat dari bahan seperti vinil dan tekstil dan juga bahan daripada fabrik. Pilihan terhadap jenis bahan kertas dinding itu dibuat bergantung kepada kesesuaian dinding, kegunaan ruang, pilihan terhadap corak yang ada pada kertas dinding dan yang penting sekali adalah kos. Ada beberapa jenis kertas dinding dalam pasaran yang dihasilkan dengan pelbagai cara bagi memberi beberapa kelebihan antara satu sama lain.
Kelebihan menggunakan kertas dinding. Warna, corak dan tekstur banyak pilihan dan boleh tukar bila dirasakan tidak sesuai atau sudah ketinggalan zaman. Kertas dinding boleh mendapat kesan atau menyerupai kesan kemasan lain seperti kemasan batu, kayu, batu bata dan jubin dengan nilai harga lebih murah tetapi kesan visual yang sama.
Kos yang pelbagai iaitu daripada murah hingga ke mahal bergantung kepada harga bahan itu dan cara pemasangannya boleh dilakukan sama ada orang yang mahir dan atau anda sendiri.
Kertas dinding fabrik yang berbentuk 3 dimensi boleh menyerap bunyi dan memberi kesan senyap dan damai dalam ruang dalaman. Selain berfungsi memberi nilai baru kepada dinding, kertas dinding boleh menutup kesan retak atau cat lama pada dinding atau menutupi kecacatan pada struktur fizikal dan bangunan.
Dengan cara kerja pemasangan kering, kertas dinding boleh menyediakan kerja dekorasi mudah siap yang cepat dan menyediakan kelebihan dari segi kecantikan dan karakter pada ruang. Bukan saja pada dinding, kertas dinding boleh disesuaikan pada keseluruhan konsep ruang dan fabrik yang digunakan kerana kertas dinding digunakan sebagai latar belakang pada keseluruhan ruang. Kertas dinding fabrik bukan dipasang secara rata tetapi boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti secara berlipat, tergantung, atau berlapik. Pelbagai cara dibuat untuk mengembangkan kreativiti bagaimana corak fabrik, warna dan tekstur boleh digunakan dan digabungkan.
INFO: Panduan menggunakan kertas dinding Pilih kertas dinding yang boleh disesuaikan dengan gaya keseluruhan hiasan dan gaya seni bina bangunan. Contohnya jika hiasan pada kertas dinding berkonsepkan gaya klasik seperti zaman Renaissance atau Boroque sedangkan konsep reka bentuk ruang dan seni bina bercirikan moden atau tradisional, sudah tentu tidak sesuai dan terkeluar dari karektor sebenar ruang dalaman.
Gunakan prinsip reka bentuk yang baik kerana dalam membuat pilihan pastikan skala dan perkadaran ruang anda diketahui sebelum membuat pilihan kerana mata anda mungkin tertarik dengan corak pada kertas dinding sedangkan ruang anda mungkin terlalu kecil untuk menerima corak yang terlalu besar.
Pemilihan corak dan gaya kertas dinding mestilah dikaji supaya kertas dinding yang dipilih dan dipasang boleh bertahan bagi jangkamasa lama kerana jika sesuatu corak dan gaya dipilih atas dasar emosi dan kehendak semasa, kertas dinding yang dipilih mungkin menimbulkan kebosanan dari segi tarikan estatik.
Hadkan apa juga pilihan bilangan corak dan warna pada kertas dinding dan selaraskan supaya ada kesan harmoni dan keseragaman. Minta pandangan profesional supaya pilihan pelbagai corak dan warna tepat dan ada nilai harmoni.
Tesktur pada kertas dinding boleh memberi kesan tiga dimensi pada dinding ruang dalaman. Pastikan tekstur itu mempunyai kualiti yang baik dan halus supaya perubahan tidak ketara dari satu ke satu ruang yang lain. Ini bagi mengelak berlaku gangguan visual dan ketenteraman ruang.
Walau bagaimana baik sekalipun kertas dinding digunakan tetapi jika kerja pemasangan tidak sempurna dan tidak dilakukan orang yang mahir, kertas dinding tidak dapat memainkan peranannya dalam ruang dalaman. Sebelum membuat sebarang keputusan menggunakan kertas dinding, pastikan anda selaraskan dengan bahan kemasan lain dan pilihan perabot. Ambil contoh beberapa kertas dinding yang dipilih dan dipadan dulu dengan keseluruhan pilihan fabrik perabot, fabrik langsir tingkap dan warna dinding yang lain. Ini bagi mengelak anda melakukan kesilapan yang nanti akan menyebabkan berlaku kerugian.
Jika memasang kertas dinding ,elak corak keterlaluan, sebaiknya pilih warna natural dengan corak ringkas.kumpulkan semua barang hiasan dan asingkan mengikut jenis, warna atau konsep. letakkan barang mengikut kumpulan untuk memberi kesan lebih tersusun. jgn hadkan hiasan dinding pada bingkai gambar,lukisan dan cermin sahaja. boleh juga mngantung pinggan lama. Pasang rak dinding kecil untuk menghias sudut sempit,di atas rak ini boleh di letakkan lilin aneka warna atau cenderahati.

Berhati-berhati ketika membeli barang hiasan di ruang pameran, barangan munkin cantik ketika di kedai namun janggal bila di padankan dengan keadaan dan hiasan rumah. Jangan buang perhiasan lama yang meningalkan kenangan pada diri , contohnya lukisan ketika di bangku sekolah atau gambar ketika kecil.gambar lama begini lebih berharga jika di bingkaikan. pelbagaikan hiasan dinding di rumah.hamparan kecil mampu menarik perhatian tetapi cepat mengumpulkan dan tampak kusam.perlu rajin membersihkan supaya ia sentiasa tampak baru. jika anda meminati lukisan tetapi tidak mampu membelinya,hasilkan lukisan sendiri,ia akan lebih bermakna.
Rancang ruang penyimpanan barang untuk penyediaan makanan dan minuman. Bagi mengelak dilihat, bina tempat penyimpanan secara bina kekal atau perabot konsol diletak berdekatan ruang makan bagi memudah untuk dikeluarkan apabila hendak digunakan. Meja empat segi sesuai digunakan dalam suasana makan secara terkawal dan lebih sopan selain penggunaan ruang juga boleh dirancang dan tidak memberi kesan ketara pada keseluruhan ruang makan. Cermin boleh digunakan sebagai nilai tambah pada ruang makan kerana kesan pembalikan memberi kesan keluasan ruang dari pandangan visual. Selain daripada itu sebagai penyeri dan penarik selera kerana refleksi cahaya lampu menerangi ruang dan refleksi ruang yang cerah akan membangkitkan selera.
Ringkasan Tentang Kertas Dinding
1. Ofkos cantik le...banyak pattern.
2. Jaminan 9 tahun.
3. Washable...just ambik kain basah dan lap.
4. Kalau dinding x rata disebabkan plaster dan bancuhan x betul, lubang2 kecil, rekahan kecil dsbnya...tampal aje dgn wallpaper... dah x nampak kesan cacat.
5. Boleh dipadankan dengan warna cat sedia ada, feature wall dsbnya. X perlu cat semua rumah. Boleh di selang selikan dgn cat jika mahu.
6. Menaikan aura dan semangat serta suasana (romantik) pada dinding dan bilik anda.
7. Special Effect...batu bata..nampak macam real padahal wallpaper aje.
8. Fotomural...gambar pemandangan yg menyegarkan dan menenangkan jiwa.
9. Mesra Alam...tiada bau kimia.
|
|
Mengukur lebar langsir Pastikan ukuran dibuat pada lebar trek langsir atau batang rod. Sekiranya mahu memasang trek atau batang rod yang baru , lebihkan 15cm hingga 30cm kiri dan kanan tingkap serta 12cm hingga 15cm di atas kepala tingkap.

Batang Rod
Ukur awal ke hujung kayu tidak termasuk bebola – B .

Mengukur Labuh Langsir
Adalah cara terbaik untuk membiarkan langsir tergantung ke paras lantai atau di bawah paras tingkap. Kami mengesyorkan labuh langsir diukur samaada seperti berikut :
A. 1cm di atas lantai
B. 15 – 20cm di bawah aras tingkap
C. Sama paras tingkap

|
RUANG tamu adalah ruang yang dikhususkan menerima tetamu dan berfungsi tempat pertemuan keluarga. Apapun aktiviti dilakukan, kerusi dianggap keperluan dan nadi ruang berkenaan.Suatu ketika dulu, ruang tamu tetap berfungsi tanpa kerusi kerana masyarakat waktu itu hanya duduk bersila di lantai. Namun, ketika status dan keupayaan memiliki set tempat duduk diperoleh dengan mudah, memiliki set perabot lengkap di ruang tamu bukan masalah besar.
Apapun, anda perlu bijak menilai set kerusi tamu paling sesuai untuk memenuhi keperluan fungsi ruang itu. Oleh kerana kehadiran tempat duduk berupaya menyuntik suasana tertentu, maka sebelum sofa dan kerusi dibeli, perkara berikut perlu dipertimbangkan;
Bilangan Pengguna
Perlu pastikan jumlah pengguna untuk mengetahui jumlah tempat duduk yang patut disediakan.
Sediakan juga tempat duduk tambahan bagi menampung tetamu hujung minggu dan sesekali, jika menganjurkan majlis keraian.
Aktiviti Pengguna
Adakah kegiatan ruang tamu terhad kepada merai tetamu? Bagaimana dengan aktiviti lain seperti menonton televisyen, mengulang kaji pelajaran, membaca, membuat kerja tangan, bermain, makan atau mendengar muzik?
Setelah mengenal pasti jenis aktiviti yang dilakukan di ruang ini, sediakan keperluan ruang itu seperti kelengkapan tambahan yang boleh dipelbagaikan kegunaannya.
Gaya susun atur tempat duduk
Gaya dan susun atur tempat duduk ruang tamu memerlukan sentuhan kreatif dan beberapa kehendak praktikal perlu dipatuhi. Tiga gaya asas mengatur tempat duduk di ruang tamu ialah:
1. Susunan segi tiga
Gaya susunan segi tiga membabitkan kedudukan tiga penjuru iaitu sofa tiga tempat duduk disusun mengadap meja kopi, diiringi sofa satu tempat duduk ditempatkan di kedua-dua penjurunya.
Gaya ini pilihan popular di ruang tamu kerana kedudukannya mesra selain memudahkan tetamu serta tuan rumah berbual juga mengatur kedudukan apabila hendak duduk.
2. Susunan bulat
Gaya susunan bulat mengutarakan sofa berbentuk L dengan sofa satu tempat duduk tambahan ditempatkan di sisi manakala meja kopi diletak di tengah ruang.
Gaya ini popular untuk ruang tamu moden kerana nampak santai dan sesuai bagi memupuk kemesraan keluarga.
3. Susunan separuh bulat
Gaya susunan separuh bulat disusun dengan sofa dua atau tiga tempat duduk dijadikan fokal dan dikelilingi sofa satu tempat duduk serta meja kopi di tengah.
Gaya ini agak formal iaitu tuan rumah duduk di sofa tengah dan dikelilingi tetamu. Gaya ini amat sesuai untuk tuan rumah memberi tumpuan kepada kesemua tetamunya.

Berikut beberapa tip menyusun atur sofa di ruang tamu; Kehendak praktikaliti dan peraturan yang perlu diikut;
- Jika ruang tamu ingin dimanfaatkan tempat merai tetamu sepenuhnya, temoar duduk elok disusun berdekatan supaya tetamu merasai kemesraan tuan rumah. Pastikan jarak di antara tempat duduk tidak terlalu jauh hingga mewujudkan ruang di tengah yang boleh menjadi kawasan lalu-lalang. Ini akan mengganggu perbualan dan sebaiknya, aliran lalu-lalang disediakan di belakang sofa.
- Ambil kira keluasan ruang tamu, kedudukan tingkap dan pintu sebelum memilih tempat duduk kerana sofa memerlukan ruang. Pastikan kehadirannya tidak menghalang kawasan lalu-lalang di muka pintu atau sekitar ruang tamu.
- Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1 atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta rotan yang ringkas. Meja kopi diletak di bahagian tengah.
- Sofa dua atau tiga tempat duduk tidak bukan bermakna sepanjang masa diduduki. Biasanya ia tidak digunakan sepenuhnya pada satu masa kerana menyukarkan perbualan. Di sini, perlunya tambahan sofa satu tempat duduk yang dapat memberi keselesaan.
- Ruang tamu yang digunakan untuk berbual dan menikmati hidangan ringan memerlukan meja kopi besar diletakkan di tengah ruang dilengkapi meja sisi serta sepasang sofa dua atau tiga tempat duduk diatur bertentangan.
- Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik, pastikan fabrik pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan kerusi pula mampu mewujudkan kelainan.
- Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap menampilkan gaya menarik. Selain itu, ia boleh dijadikan tempat duduk tambahan dan sudut membaca.
Kami guna material drp koleksi Elyza's Home . Harga bergantung pada jenis kain. Di jahit oleh tukang jahit profesional yg beroperasi dr butik kami.
Harga paling murah kami tawarkan- kain ada corak @ jalur RM43/m (RETAIL PRICE:RM48), plain color lebih mahal sikit.
Biasanya customer kami buat sarung sofa match dgn curtain,... sama jenis kain pun boleh. Campur corak & plain. Kalau nk buat sarung kusyen sahaja pun boleh.
Biasanya kami angkut sofa dari rumah untuk dibuat siap2 br hantar semula ke rumah pelanggan.
Butiran lebih lanjut kunjungi butik kami di seksyen 7 shah alam
upah rm550.. SIZE KAIN SOFA L SHAPE - 8METER
harga ikut jenis kain yang di pilih anggaran rm43-rm60/meter x 8 meter
bole buat pilihan kain di butik kami..deposit 1/3 dari harga keseluruhan.
hanya terima tunai,kreditkad,debitkad
CONTOH SOFA SEBELUM DAN SELEPAS
SEBELUM
SELEPAS
|
|
fabric idali - modern print

KAMI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA PADA PELANGGAN DAN PENGUNJUNG BLOG KAMI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN
:)
|

| Date | 29 Apr - 2 May 2010 |
| Time | 10am - 8pm |
| Location | |
| Admission | Free |
| Phone | +603-7982 4668 |
| Website | official website |
| Category | Exhibitions |
KETERANGAN LEBIH LANJUT BOLEH LAYARI http://www.homedec.com.my
|