
KAMI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA PADA PELANGGAN DAN PENGUNJUNG BLOG KAMI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN
:)
|

| Date | 29 Apr - 2 May 2010 |
| Time | 10am - 8pm |
| Location | |
| Admission | Free |
| Phone | +603-7982 4668 |
| Website | official website |
| Category | Exhibitions |
KETERANGAN LEBIH LANJUT BOLEH LAYARI http://www.homedec.com.my
|
|

Rumah cantik Anda sudah terlihat kusam? Mari kita mengecat. Tak ada salahnya mengganti warna dinding rumah Anda dengan yang baru. Hasilnya pasti akan nampak lebih segar. Eh, belum tentu! Sebelum Anda membeli cat, pastikan Anda telah memilih warna yang sesuai. Bagaimana cara memilih warna untuk dinding Anda, tentu tak lepas dari pemahaman akan makna dari tiap-tiap warna itu sendiri. Tak banyak warna yang akan disampaikan dalam tips ini tentunya dengan tujuan untuk tak membuat Anda terlalu semakin bingung 
Putih. Warna yang sangat neutral, dapat padankan dengan warna apapun. Bagi Anda pecinta ‘bersih’, ingin mendapatkan kesan lapang, simple,warna ini tentu sangat sesuai untuk menghiasi ruang tamu anda. Tetapi tentunya jangan berlebihan kerana dapat menimbulkan kesan dingin, tidak mesra, biasa atau kaku.
Hitam. Wow! Warna ini selalu memberikan kesan elegan, gagah, dengan efek melindungi. Tapi tidak di dominasikan untuk mengaplikasikan warna ini secara menyeluruh. Anda akan mendapatkan kesan suasana kegelapan
Kuning. Warna ini memberikan kesan teruja, penuh semangat dan mewah. Seringkali disamakan dengan warna emas sebagai lambang kemakmuran. Agak sesuai untuk ruang kerja Anda.
Orange. Warna yang mampu memberikan kesan hangat, bahagia, ceria dan penuh semangat. Sesuai untuk ruang makan Anda.
Hijau. Warna yang dekat dengan alam. Mampu memberikan kesan teduh, alami, damai, santai, sejuk juga efek menenangkan. Sesuai untuk ruang tidur Anda.
Coklat. Warna yang paling disukai kerana kesannya yang hangat, nyaman dan tenang. Sesuai untuk ruang tamu atau ruang keluarga. Anda dapat mengaplikasikannya pada ruangan yang terlalu besar agar tak menimbulkan kesan dingin/sepi.
Biru. Satu lagi warna yang cukup jadi pilihan. Biru laut atau biru langit mampu memberikan nyaman, tenang dan sunyi. Selain itu juga menjadikan ruangan sempit Anda terasa lega/luas. Sangat sesuai untuk kamar tidur Anda.
Padan warna yang tepat akan memberikan hasil yang memuaskan. Jadi, terus mencipta warna yang sesuai untuk anda dalam menciptakan karya menarik untuk rumah Anda. Selamat mencuba 
|
|

Tip susun sofa
Ruang tamu yang praktikal serta menarik perlu mempunyai sofa yang selesa, cahaya yang cukup, feature wall yang menonjol, warna-warna yang menyegarkan, dsbnya.
Tip menyusun sofa atau tempat duduk di ruang tamu:-
1. Jika ruang tamu ingin dimanfaatkan tempat merai tetamu sepenuhnya, tempat duduk elok disusun berdekatan supaya tetamu merasai kemesraan tuan rumah. Pastikan jarak di antara tempat duduk tidak terlalu jauh hingga mewujudkan ruang di tengah yang boleh menjadi kawasan lalu-lalang. Ini akan mengganggu perbualan dan sebaiknya, aliran lalu-lalang disediakan di belakang sofa.
2. Ambil kira keluasan ruang tamu, kedudukan tingkap dan pintu sebelum memilih tempat duduk kerana sofa memerlukan ruang. Pastikan kehadirannya tidak menghalang kawasan lalu-lalang di muka pintu atau sekitar ruang tamu.
3. Jika ruang tamu anda memanjang dan sempit, bahagikan tempat duduk kepada dua kumpulan iaitu sama ada tempat duduk gaya susunan 2 + 1 + 1 atau gaya susunan 1 + 1 dan di sudut lain ditempatkan kerusi kayu serta rotan yang ringkas. Meja kopi diletak di bahagian tengah.
4. Sofa dua atau tiga tempat duduk tidak bukan bermakna sepanjang masa diduduki. Biasanya ia tidak digunakan sepenuhnya pada satu masa kerana menyukarkan perbualan. Di sini, perlunya tambahan sofa satu tempat duduk yang dapat memberi keselesaan.
5. Ruang tamu yang digunakan untuk berbual dan menikmati hidangan ringan memerlukan meja kopi besar diletakkan di tengah ruang dilengkapi meja sisi serta sepasang sofa dua atau tiga tempat duduk diatur bertentangan.
6. Untuk mengelakkan kebosanan selain mewujudkan tata hias menarik, pastikan fabrik pelbagai warna dan corak dipilih. Gabungan sofa dan kerusi pula mampu mewujudkan kelainan.
7. Kerusi beralas tangan jenis rotan dan kayu serta sofa bersayap menampilkan gaya menarik. Selain itu, ia boleh dijadikan tempat duduk tambahan dan sudut membaca.
|
PELBAGAI konsep digunakan ibu bapa untuk menampilkan kelainan bilik si kecil bagi membolehkan mereka menikmati keselesaan ketika berehat, bermain, belajar atau tidur.
Bilik si kecil yang bergaya ringkas dilengkapi sebuah katil bujang, meja belajar, kerusi serta rak terbuka bagi menempatkan himpunan barang permainan lebih bermanfaat.Biasanya, bilik tidur kanak-kanak disatukan dengan ruang bermain bagi memudahkan mereka berinteraksi.
Kebijaksanaan membentuk ruang yang sesuai penting bagi merangsang keupayaan minda anak menjalani kehidupan lebih bermakna.Pilih warna yang sesuai bagi bilik kanak-kanak untuk keselesaan dan sudut pembelajaran sempurna. Bukan semua warna ceria sesuai untuk kanak-kanak. Merah umpamanya membuatkan kanak-kanak cepat lapar dan warna kuning ada kebarangkalian kanak-kanak menghidap penyakit kuning.
Warna ceria membuatkan kanak-kanak hiperaktif dan biasanya rona merah jambu dan biru muda sesuai untuk bilik mereka. Untuk bilik tidur bersama ruang bermain, ukurannya perlu cukup luas dan lengkapkan dengan rak atau almari.Rak terbuka sesuai untuk anak berumur lima tahun ke atas kerana mereka pandai menyusun atur barangan.
Jika anak masih kecil dan berusia kurang tiga tahun, sediakan bakul untuk memudahkan mereka memasukkan barang permainan selepas bermain. Pastikan tiada benda tajam di bilik dan pilih perabot jenis tidak berbucu tajam atau keras.
Katil yang mempunyai pengadang sesuai dengan usia kanak-kanak juga sering menjadi pilihan ibu bapa termasuk menampilkan konsep mengikut kecenderungan anak mereka. Bagi kanak-kanak yang meminati kartun, tempatkan almari pakaian, meja bermotif kartun bersebelahan katil, lampu terendak dan penggunaan kertas dinding bermotifkan kartun.
|
KREATIVITI menghasilkan sendiri alas meja kopi mengikut konsep dekorasi memberikan kelebihan kepada setiap pemilik kediaman.
Kelainan yang diserlahkan secara tidak langsung mengubah suasana ruang lebih berseri dan menarik perhatian sesiapa saja yang memandang.
Apatah lagi suasana indah di ruang makan atau ruang tamu terutamanya memberikan sudut pandangan berbeza atau titik fokal terbaik tanpa perlu membazir. Menyedari ramai pemilik kediaman yang mempunyai kreativiti tersendiri, Hiasan Reka Indah kali ini berkongsi kaedah menghasilkan alas meja kopi bergaya kedesaan Inggeris.
Menurut Pengurus Hiasan Reka Indah, Faridah Hamid, idea yang dikongsi itu bukan sekadar memenuhi konsep kedesaan Inggeris, malah turut menyerikan konsep hiasan dalaman lain termasuk suai padan.
"Di kalangan kita sebenarnya mempunyai kepandaian menyerlahkan suasana kediaman berdasarkan cita rasa cuma ada yang kurang yakin dengan kemampuan sendiri.
"Menghasilkan sendiri alas meja antara kreativiti paling mudah tanpa menghabiskan terlalu banyak masa terutama anda yang sibuk dengan kerja di pejabat," kata Faridah.
Hiasan Reka Indah turut menawarkan pelbagai fabrik dan aksesori hiasan dalaman khusus untuk gaya kedesaan Inggeris yang dijangka memenuhi keperluan setiap pemilik kediaman.
Sediakan bahan:
Fabrik motif bunga-bungaan sesuai untuk ukuran meja kopi
Kain lapisan dalam (biasanya rona krim atau putih)
Aksesori hiasan untuk bucu kain
Peralatan gubahan
Langkah 1
Hasilkan bucu tajam lima inci dari hujung kain dengan teliti.
Langkah 2
Gunting mengikut lakaran tadi.
Langkah 3
Cantumkan kain lapisan dalam dan sematkan jarum peniti.
Langkah 4
Gunting kain lapisan dalam mengikut ukuran alas meja tadi.
Terbalikkan kain tadi dan jahit keseluruhan tepi kain dengan teliti iaitu setengah inci dari tepi kain.
Tinggalkan sedikit ruang untuk menjahit aksesori hiasan alas meja pada bucu kain tadi.
Langkah 5
Kain yang sudah dijahit tadi perlu diterbalikkan untuk menyerlahkan motif asalnya.
Gosok menggunakan seterika dan jahit pula bahagian luar kain termasuk aksesori hiasan pada bucunya.
|
|
Langsir selalunya diabaikan di kebanyakan rumah. Anda mungkin tidak sedar bahawa langsir harus dibersihkan lebih kerap daripada yang di sangka.
Perangkap habuk dan debu
Langsir yang merupakan pemisah antara bahagian luaran dan dalaman selalunya akan dipenuhi kekotoran seperti habuk dan debu. Apabila tingkap dibuka, langsir akan menyerap kelembapan dan menarik habuk dari luar. Habuk halus dapat melalui ruang dan rongga kecil walaupun semasa tingkap di tutup, Langsir juga memerangkap habuk yang datang dari siling dan kipas. Semasa kita membersikhan rumah, habuk akan beterbangan dan melekat pada kain langsir. Apabila mengambilkira kesemua faktor ini, barulah kita sedar bahawa betapa pentingnya mencuci langsir dengan kerap.
Cucian Mingguan
Ianya boleh dilakukan semasa membersihan rumah di hujung minggu dengan cara ‘dusting’ dan vakum samada dengan menggunakan bulu ayam, kain perangkap debu (dusting cloth) dan pembersih vakum. Berikut adalah beberapa tip yang boleh diambil kira: * Mulakan dengan bahagian atas langsir dan bergerak ke bawah supaya debu terjatuh di bahagian yang belum di bersihkan. * Fokuskan pada bucu dan lipatan yang paling banyak memerangkap debu. * Jika menggunakan kain lembab, pastikan langsir di vakum terlebih dahulu bagi mengelakkan ianya kotor. Kain lembab tidak digalakkan pada langsir yang berwarna cerah. * Adalah mudah untuk vakum langir yang digantung. * Pastikan langsir di vakum di kedua-dua belah.
Cucian Kering
Sila ikut arahan bagi langsir yang memerlukan ‘cucian kering’. Cucian kering juga disyorkan bagi langsir yang mempunyai aksesori seperti manik atau kristal.
Cucian Mesin
Membasuh menggunakan mesin basuh adalah cara yang paling mudah dan cepat. Terdapat beberapa tip untuk mendapatkan hasil yang bagus: * Pertama, anda harus membasuh langsir menggunakan pusingan yang perlahan (delicates cycle). Walaupun kebanyakan langsir adalah fabrik tebal dan boleh menahan pusingan yang berat (heavier cyle), namun Fibre Langsir biasanya lemah apabila terkena pancaran matahari. * Sekiranya kain terlalu kotor, bolehlah basuh menggunakan air suam. Jika tidak, adalah terbaik untuk membasuh menggunakan air sejuk bagi mengelakkan kain mengecut dan pudar. * Jika langsir berwarna gelap, adalah disarankan untuk menggunakan serbuk pencuci yang tidak melunturkan warna.